Rabu, 28 Mac 2012

PENGORBANAN AYAH..


inikah pengorbanan ayah...

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya dikala melihat ayahnya mengusap wajahnya yang mulai berkerut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya: "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab: "Sebab ayah seorang lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian: "Saya tidak mengerti." disulami dengan kerutan di kening kerana jawapan ayahnya membuatnya dirinya kebingungan.

Ayah hanya tersenyum. Dibelainya rambut anaknya itu lalu menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan: "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik si ayah, menambahkan kebingungan di hati si anak.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Lantas Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga memang akan kelihatan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya kian membongkok?

Sehinggalah pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali.

Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh.

Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Oleh itu jika ayah kita masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah kita telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.

SAHABAT...


kau bukan lagi sahabat setiaku...
sebelum ni dimne adanyer aq,di situ adanyer kamu..
sebelum ni segala kemanisan yg ku alami dlm ke id0pan ku kongsi bersamamu..
sebelum ni segala kepahitan yg kita alami kita maafkan bersama n jdkan sebagai taulan..
malah, disbbkan itu kasih yg terjalin m'jd lbh kuat n akrab..
dimne2 saje walau d'mne kita berada wlpn berjauhan, kita tetap katakan kita kwn bek smpai ble2..
TAPI..................
apakah yg berlaku sekarang dalam hubungan kita yg terjalin lama ini????
ku rasakan ko jaoh dr ku..
sahabat..
ketahuilah bahawa hatiku sentiasa berkata "aku terlalu merinduimu sehingga jatuhnya titisan air mata di pipiku..
 aku tetap sayangkanmu wlpn ko berjaohan dr ku.. 
aku tetap mengingati saat2 kita bersama wlpn dikau lupa lgsg tntg ku..
aku tetap mendoakan kejayaanmu, wlpn mgkn dikau igt aku sdh melupakanmu..
khas buat sahabatku..............

TO KNOW THE TRUE LIFE IS CRUEL RIGHT??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu..
mungkin ini adalah pertama kali saya berkongsi cerita di blog saya.. Hai, I juz introduce myself as zetty ok.. Hampir 20 tahun aq mengenal dunia..banyak yang aq pelajari sama ada ianyer kisah baik ataupun buruk dalam hidupku.. N semestinyer kalian pun sama kan..
Hidup x seindah mana sebenarnyer.. Okla, hari ni saya nak kongsi ngn 1 cerita n hope ada kebaikkan n teladan yang blh kita dpt melalui pengalaman saya ini k..


Bermulalah al-kisah ini..
kisah ini tentang " Bila mana hati ini kenal siapa seorang sahabat dan kawan untuk diri kita.."
Erm..sebenarnyer kan..semua orang didunia ini boleh menjadi kawan kita..tetapi...x smua org mampu mnejadi sahabat kita.. Ape bezanyer kawan dan sahabat????
kawan hanya hadir apabila kita dalam suka..tetapi akan menghilangkan diri apabila kita duka..
sahabat plak bila mana kita suka atau duka, dia sentiasa hadir dan berkongsi sama ngn kita..


ni kisah benar dalam hidupku..bermula waktu aq sekolah rendah lg..herm..aq telah dipulaukan oleh kawan2 ku...sakit hati ni..bayangkan kawan tu ada waktu ko bergembira tp dibelakang kita, dia citer yg bukan2 tentang dri ko n membawa fitnah tentang dri ko..huhu..sakit sgt... n thu sape sahabat yg temankan aq ketika aq menangis??? sahabat yang aq pandang rendah sebelum ini..diorang sentiasa tika aq ngis n sentiasa wat ati aq happy..terukkan aq.. 
n kat situ aq dah thu menilai siapa kawan n siapa sahabatku...


N tika aq di sekolah menengah plak..hermm..Alhamdulillah..aq temu rmai kawan n setia ngn aq...tp mse tu kan..kali ni bukan aq yg d'pulaukan tp seorg sahabatku..aq cian sgt ngn dia..mental down woo..mgkin aq pnh rse ape yg dia rse saat ni..aq sentiasa ada utk dia.. tiap kali dia meraung kerna sayangnyer dia pd seorg kawan yg dia sgt kasihi membuatkan ati aq sayu..Alhamdulillah..Allah berikan aq kekuatan utk aq sentiasa ada bersama dia..dgr segala rintihan hati yg menusuk dikalbu itu..


Kita manusia x pernah sekalipun dapat hak utk kita pulaukan kawan2 kita...seharusnyer...sebagai sahabat yg setia, kita perlu sentiasa ada bersama walaupun tika duka ataupun suka.. ianyer 1 kemanisan sekiranyer kita berkongsi bersama..


seperti mana kita minum teh tanpa gula n pekat itu..memang kita rse pahit sgt..tp bila kita kongsi bersama org yg kita sayang, saat itu adalah moment yg sgt manis ku rse kan..btol x???
KEMANISAN ITU SENTIASA DALAM KEPAHITAN...kita yg kena jadikan kepahitan itu menjadi manis.. InsyaAllah, jiwa dan hati itu akan bahagia sentiasa...